Trading dan Investasi

ad1

Iklan Gratis

Buah Jabuticaba a.k.a. Anggur Brazil

Jabuticaba kedengaran asing bunyinya kan? Tapi kalau sebut Anggur Brazil mungkin ada yang pernah dengar nama tersebut. Saya sendiri tak pernah tahu kedua-dua nama tersebut, apa lagi melihat buahnya secara depan mata. Sehinggalah baru-baru ini Encik Suami balik dari kerja dengan membawa satu plastik kecil berisi buah Jabuticaba a.k.a. Anggur Brazil pemberian seseorang.

Info ringkas berkenaan buah Jabuticaba :
Jabuticaba (Myrciaria cauliflora) adalah tanaman yang dikategorikan sebagai tanaman lambat membesar (slow growth plant). Tanaman ini tergolong dalam famili Myrtaceae dan natif dari kawasan selatan Brazil yang kebanyakannya tumbuh di hutan pantai dan berbukit. 
Tanaman ini juga terdapat di Bolivia, Paraguay, Uruguay dan utara Argentina. Nama lain bagi tanaman ini ialah Brazilian Grape, Guapuru, Jaboticaba, Jabbuticaba, Yabuticaba, Hivapuru atau Ybapuru. - sumber info : http://ebuletin.mardi.gov.my
Buah Jabuticaba (Anggur Brazil)
Buah Jabuticaba bersaiz kecil dengan warna kulit ungu gelap.


Buah Jabuticaba (Anggur Brazil)
Isi buah berwarna putih dan mempunyai 1 - 4 biji kecil di dalamnya. Setakat yang saya dah makan, saya jumpa 2-3 biji. Bijinya pula ada yang berwarna sedikit merah jambu. Apa yang saya nyatakan ini adalah berdasarkan varieti buah Jabuticaba yang saya makan ya, mungkin juga berbeza bergantung kepada varieti buah.

Bagaimana cara makan buah ini? Gigit saja buahnya untuk dimakan segar. Dalam foto di atas saya potong sebahagian dengan pisau supaya buah terbelah elok dan kita dapat lihat jelas isi dan kulit buah. Kulit buah ini tebal, kurang sedap kalau dimakan. Lebih sedap makan isinya sahaja, rasanya manis. Kalau makan kulit dan isi sekali gus, rasanya mula-mula manis kemudian bercampur rasa masam dan sedikit kelat.

Buah Jabuticaba (Anggur Brazil)
Sumber foto : wikipedia.org
Antara keunikan buah Jabuticaba ini, buahnya tumbuh pada batang pokok. Saya rasa entah sedikit ‘geli’ atau ‘seram’ bila tengok foto di atas. Itu baru tengok foto, kalau ada depan mata entah bagaimana perasaannya 😄

Oh ya, buah Jabuticaba yang saya makan ini adalah hasil tanaman di Malaysia tau. Hasil carian internet, saya dapati anak pokok Jabuticaba turut di jual di Shopee. Bagi yang berminat nak cuba tanam pokok buah eksotik ini bolehlah cari di Shopee.







Tidak ada komentar :

Posting Komentar

Leave A Comment...

ad2

Chord dan Lirik

Explore Indonesia