ad1
Burung Botak Siput (Asian Openbill Stork)
Buah Buahan
Juli 14, 2024
Ketika berkereta di sekitar Perlis, saya suka memerhatikan pemandangan di kanan dan kiri jalan. Keindahan jajaran bukit batu kapur, deretan petak-petak sawah dan burung-burung yang berkumpul di kawasan sawah padi.
Akhir-akhir ini saya perasan kehadiran sejenis burung kaki panjang dengan badan berwarna putih hitam di kawasan sawah dan di tepi jalan raya. Bukan burung bangau yang biasa dilihat. Saya tak dapat memerhati dengan jelas sebab berada dalam kenderaan yang bergerak.
Tapi semalam semasa di Arau, saya berpeluang memerhati dan memotret foto burung ini dengan jelas. Kebetulan burung ini berada di tepi simpang jalan yang ada lampu trafik. Sedang elok pulak lampu merah, saya turunkan cermin tingkap dan segera merakam foto burung ini.
Suasana bising di tepi jalan dan banyak kenderaan, burung ini tak merasa terganggu bila saya memerhatikannya. Biasanya memang susah tau kita nak merakam foto burung besar, cepat je terbang bila menyedari kehadiran manusia.
Hasil foto zoom 30x. Sila klik foto untuk paparan lebih jelas.
Jom kita berkenalan dengan burung besar berkaki panjang ini…
Nama Inggeris : Asian Openbill / Asian Openbill Stork
Nama saintifik : Anastomus oscitans
Nama Melayu : Botak Siput / Botak Upeh / Botak Asia / Upih Siput Asia
- Spesis burung hijrah yang berasal dari benua Asia Selatan seperti Bangladesh, Sri Lanka dan India.
- Rupa seperti burung bangau tetapi saiznya lebih besar dengan berat purata antara tiga hingga lapan kilogram.
- Badan berwarna putih atau kelabu pucat dengan sebahagian kepak berwarna hitam.
- Habitatnya di kawasan lembab berpaya.
- Ia menjadikan siput, ular kecil, katak dan serangga sebagai makanannya.
- Kali pertama burung ini dikesan di Semenanjung Malaysia pada tahun 2008 di Chuping, Perlis.
- Selain di negeri Perlis, kehadiran burung Botak Siput turut direkodkan di negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Melaka dan Johor.
- Dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].
Sumber rujukan : wildlife.gov.my dan bharian.com.my.
Alhamdulillah, seronok dapat mengenali sejenis lagi spesis burung yang ada di sini. Kenali hidupan liar supaya kita lebih menghargai alam ciptaan Tuhan 💙
Tidak ada komentar :
Posting Komentar
Leave A Comment...