Trading dan Investasi

ad1

Iklan Gratis

Mengintai Si Comel

Foto-foto berikut dirakam sewaktu saya berada di rumah mentua di Batu Pahat, Johor pada bulan April lalu. Rasa seronok dapat mengintai dan memotret gelagat dua ekor anak burung dalam sarang yang terletak di sebatang pokok kecil di belakang rumah.

Jom kita tengok gelagat si comel ni…

Mengintai anak burung
Mata terpejam, sedap tidur ya.

Mengintai anak burung
Deria pendengaran burung begitu peka dapat segera menangkap bunyi kehadiran saya, kedua-dua anak burung membuka mata dan mengangkat kepala.

Mengintai anak burung
Yang seekor terus membuka mulut, menyangka ibu burung datang membawa makanan. Yang seekor lagi buat tak tahu je, terus sambung tidur memejamkan mata 😀

Mengintai anak burung
Ah…letih buka mulut, tak ada makanan diterima.

Maafkan saya, bukan nak mengganggu atau mempermainkan perasaan mu wahai anak burung. Saya sekadar nak memerhatikan sebahagian daripada kekuasaan Allah dan mengabadikannya dalam bentuk foto. 

Saya kagum melihat kegigihan burung membuat sarang,  satu persatu dedaun dan ranting kering di bawa ke dahan pokok lalu menjalinnya menjadi sarang yang unik. Ya, unik kerana lain spesis burung lain pula rupa sarangnya.

Memerhatikan anak burung, ibu burung dan sarang burung saja pun dah cukup banyak perkara untuk kita pelajari dan insafi. Begitulah kehebatan Allah dalam menciptakan segala yang di langit dan di bumi dengan kepelbagaian. Sekiranya kita perhatikan satu persatu dan memikirkannya, timbul rasa kerdil diri menyedari kita cuma makhluk yang tak punya apa-apa kuasa. Allah adalah Tuhan dan kita hanyalah hamba. Semoga kita mampu menjadi hamba yang sentiasa tunduk patuh pada perintah Allah yang telah menciptakan kita. Tak mudah, tapi kita terus berusaha.






.

Tidak ada komentar :

Posting Komentar

Leave A Comment...

ad2

Chord dan Lirik

Explore Indonesia