Trading dan Investasi
ad1
Iklan Gratis
Keindahan Matahari Terbit
Jenius
Agustus 01, 2024
Sejak pagi semalam, saya perasan matahari terbit begitu mempesona dengan warna oren kemerahan. Tapi tak sempat nak memotret sebab sedang sibuk menyiapkan sarapan buat Encik Suami sebelum pergi kerja. Alhamdulillah pagi tadi saya berpeluang memotret keindahan matahari terbit dari halaman rumah kami.
![]() |
| Jumaat 2 Ogos 2024, 7.22 pagi |
Masya Allah begitu mempesona ciptaan Allah 😍. Pagi yang indah dengan suasana berkabus dan matahari terbit berwarna oren kemerahan.
![]() |
| 8.27 pagi |
Rutin saya hampir setiap hari, morning walk di sekitar kawasan rumah untuk senaman pagi, menghirup udara segar dan memerhati alam. Saya ternampak buah letup-letup ni di kawasan semak. Buah yang menggamit memori zaman kanak-kanak, kami makan isi buah letup-letup yang sudah berwarna kuning. Manis rasanya.
Ternampak pula buah berwarna merah dengan rupa seakan cili merah bersaiz besar. Foto diambil dari jauh, tak berani nak datang dekat sebab di bawahnya semak. Saya nampak ada beberapa biji buah begini. Entah apa namanya.
Beberapa ekor burung dengan saiz sangat kecil comel, bunyinya menarik perhatian saya. Saya cuba memotret burung tersebut dari jauh, hanya foto di atas dapat dirakam.
![]() |
| Khamis 1 Ogos 2024, 8.03 pagi |
Foto pagi semalam, morning walk ditemani kawan baru (masih belum diberi nama). Sibuk mengekori langkah saya sambil mengiau perlahan. Bila saya berhenti, terus berbaring di kaki sambil buat pelbagai aksi. Geli hati jugak tengok gelagatnya.
Oh ya, dah dua hari saya berkasut kebun sewaktu morning walk sebab kali ni saya jalan-jalan di kawasan rumput (bukan laluan tar). Beberapa hari lalu saya terjumpa ular warna hijau, hampir terpijak sebab tak nampak ular hijau dicelahan rumput hijau. Saling terkejut - si ular terangkat kepala dan berlalu pergi arah bertentangan, saya pula terus terkaku tak bergerak mahupun bersuara. Juga sekarang ni banyak cacing besar yang menggelikan bila terjumpa. Bila pakai kasut kebun ni rasa lebih selamat nak berjalan.






Tidak ada komentar :
Posting Komentar
Leave A Comment...